Tuesday, July 21, 2009

Percaya lah.. Ini mungkin boleh terjadi kepada anda..

Oh my... that was the first word; that's two words by the way.. anyway.. mengejutkan sungguh artikel nie.. boleh refer sini..

RM1 juta tidak cukup selepas bersara

Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.

Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.

''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.
Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

lama sebelum itu ada artikel yg menyatakan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000.

Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.

Pendapatan orang yang dikategorikan miskin di Semenanjung kini ditetapkan RM530 sebulan, Sarawak (RM585) dan Sabah (RM685).
Hmm.. betul.. tidak semua dalam dunia nie boleh dibeli dengan wang.. tapi zaman sekarang nie, tanpa wang mesti sesak nafas kan..? senak perut.. rasa susah hati jer.. kita tak boleh nak nafikan kehidupan zaman sekarang memang sangat memerlukan wang.. mana dengan tuition anak-anak, buku anak-anak, baju anak-anak, keperluan sekolah, keperluan rumah yang makin tinggi, minyak kereta, tol dan sebagainya.. Allah saja yang tahu..

Kalau dulu zaman mak aku belajar kat UTM Semarak, zaman 70-an, dapat biasiswa penuh.. then tahun thn 90-an & sehingga kini biasiswa untuk budak terer-terer jer & yang paling mudah, pinjaman.. cuba bayangkan.. kalau dulu ada biasiswa pastu separuh biasiswa dan sehingga sekarang ada pinjaman, ada kemungkinan tak masa akan datang tak da lagi bantuan kewangan untuk anak-anak kita belajar..? kalau orang yang kaya, mungkin tak da masalah.. tapi orang dari golongan sederhana & ke bawah.. cubalah kita fikir.. memang ada kemungkinan tak ada lagi bantuan kewangan.. itu baru bahagian pendidikan.. belum lagi bahagian kesihatan, makan minum, minyak petrol kereta.. memang sesak dada..

"Bandingkan orang miskin yang bersabar, Allah lagi suka orang kaya yang bersyukur..". Sama macam mak aku pesan.. "Allah lagi suka orang kaya yang suka bantu orang..". Sama maksud juga dengan "Yang memberi lebih baik dari yang menerima.."...

Apa yang kita hanya perlukan.. keberanian, keyakinan, ilmu, usaha & tawakal & doa kepada Allah..

No comments:

Post a Comment